Siapakah Senang Hamil?

Senang Hamil adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Efferty International Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada Januari 2021 oleh pengasasnya iaitu Dr. Raihana Ismail. Pada tahun 2017, beliau mengasaskan sebuah klinik yang diberi nama Dr. Rai Estetika dan telah diberi penamaan semula kepada Efferty International Sdn Bhd pada tanggal 28 November 2019.

Tujuan penamaan ini adalah untuk berkongsi kebaikan produk formulasinya ke peringkat tempatan dan antarabangsa supaya lebih ramai para wanita yang ingin hamil mendapatkan manfaat daripada susu formula Efferty. Sebanyak lebih daripada 600 pasangan sukar hamil telah berjaya mendapatkan cahaya mata semenjak produk Efferty mula berada di pasaran pada 1 September 2019.

Misi Senang Hamil adalah sama seperti matlamat dan misi Efferty HQ iaitu untuk membantu para pasangan mendapatkan cahaya mata dengan mensasarkan sebanyak 1,000,000 wanita untuk hamil -kerana gelaran “ibu” itu terlampau sempurna.

Semoga hasrat kami untuk membantu anda hamil menjadi kenyataan kerana kami yakin dengan produk Efferty ini- anda bakal menjadi seorang ibu.

Team Senang Hamil.