Perjanjian Pesanan Atas Talian

Untuk membolehkan pelanggan dalam membuat transaksi, pelanggan perlulah membaca dan menerima terma dan syarat berikut dengan menandakan SAYA BERSETUJU dan klik TERUSKAN:
  1. Pelanggan hendaklah memastikan & juga mengesahkan produk beserta kuantiti yang dipesan, alamat untuk melakukan penghantaran, nombor telefon, emel, cara penghantaran dan kaedah pembayaran yang dipilih adalah benar dan tepat.
  2. Semasa pelanggan mengesahkan pesanan, pelanggan perlulah membenarkan syarikat untuk mengecaj kad kredit/debit pelanggan untuk pembayaran pesanan yang telah dibuat, jika pelanggan memilih untuk menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran pelanggan.
  3. Pelanggan bersetuju untuk membayar caj Pengendalian (pengeposan, caj pemprosesan, dan lain-lain) seperti yang tertera di dalam invois syarikat.
  4. Selepas pelanggan mengesahkan pesanan, pelanggan perlu bersetuju bahawa pesanan atas talian pelanggan adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain.
  5. Pelanggan telah bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:
    Jika pesanan telah disahkan, ia akan dihantar kepada pelanggan mengikut tempoh seperti berikut :
    a) Daerah setempat dan kawasan bandar; jangkaan limit 4-5 hari bekerja dari tarikh pesanan.
    b) Daerah luar kawasan & Sabah/Sarawak/Labuan; jangkaan limit 7-10 hari bekerja dari tarikh pesanan.
  6. Sekiranya pelanggan memilih untuk membuat Pengambilan sendiri, pelanggan perlulah mengambil pesanan tersebut (di tempat yang telah pelanggan tentukan semasa membuat pesanan) dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan dibuat. Sekiranya pelanggan/wakil pelanggan pelanggan gagal mengambil pesanan dalam tempoh tersebut, maka pesanan pelanggan akan dilupuskan & TIADA pulangan wang dikembalikan.
  7. Apabila pelanggan menerima pesanan dari perkhidmatan kurier mahupun Pengambilan sendiri, pastikan pelanggan memeriksa dengan memastikan produk dan kuantiti yang diterima adalah betul seperti yang dipesan. Pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit sekiranya terdapat sebarang percanggahan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas tempoh yang diberikan TIDAK akan dilayan.
  8. Pesanan yang dibuat menerusi atas talian samada menggunakan perkhidmatan kurier ataupun Pengambilan sendiri tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang diterima oleh pelanggan tidak menepati pesanan yang dipinta, mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh dimakan/digunapakai.