Masalah kesuburan penyebab anda sukar hamil?

Adakah benar masalah kesuburan penyebab anda sukar hamil? Dan apakah tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kesuburan tersebut? Pasti pelbagai cara yang telah dicuba tetapi masih belum lagi menjumpai jalan penyelesaian yang tepat untuk hamil termasuklah berjumpa doktor atau pakar sakit puan. Jika anda berumur 35 dan keatas atau mempunyai masalah kesihatan, peluang untuk hamil adalah lebih sukar. Tetapi, setiap kesukaran pasti mempunyai jalan keluar dan penyelesaian dengan ikhtiar untuk berjaya hamil.

Sepastinya doktor akan membuat temu janji bersama anda serta pasangan, juga gaya hidup anda. Beberapa pemeriksaan dan ujian yang boleh dilakukan pada temujanji pertama anda.

Gambar cuma sekadar hiasan

Apakah yang doktor nak tahu?

  • Kesihatan dansejarah perubatan. Selain daripada faktor kesihatan yang bermasalah, penggunaan ubatan yang banyak boleh mempengaruhi kesuburan anda.
  • Kesihatan seksual. Penyakit kelamin ataupun dikenali sebagai “chlamydia” merupakan faktor ketidaksuburan lelaki dan perempuan.
  • Masalah kitaran haid yang tidak teratur
  • Masalah seksual. Mati pucuk dikalangan lelaki ataupun masalah ejakulasi turut penyumbang untuk sukar hamil.
  • Gaya hidup anda dan pasangan

Apakah ujian dan pemeriksaan yang bakal dilakukan doktor?

Pemeriksaan fizikal terhadap setiap pasangan akan dibuat oleh doktor untuk mengenalpasti tanda-tanda masalah yang dihadapi dengan memeriksa perut dan kawasan pelvis. Dengan ini, masalah seperti endometriosis, penyakit keradangan pelvis, fibroid atau sista ovari dapat dikenalpasti. Para suami pula akan diperiksa untuk bagi mengenalpasti  bengkak dalam skrotum. Ini bakal diikuti oleh beberapa pemeriksaan pra-kehamilan asas sekiranya belum pernah diperiksa dan melakukan ujian kesuburan.

Wanita

  • Ujian calitan pangkal rahim sekiranya anda sudah lama tidak diuji
  • Ujian darah untuk memeriksa imun anda kepada rubella. Jangkitan rubella dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi yang belumahir.
  • Ujian darah untuk memeriksa imuniti untuk varicella (cacar air) yang boleh memudaratkan bayi untuk kali pertama kehamilan.
  • Ujian air kencing  untuk chlamydia dimana berlaku sumbatan dalam tiub fallopian anda berpunca daripada jangkitan kelamin.

Lelaki

  • Ujian sperma
  • Ujian air kencing untuk chlamydia

Kesimpulan

Sekiranya kesemua keputusan ujian diatas menunjukkan keputusan yang baik, perubahan gaya hidup akan disarankan oleh pihak doktor. Namun sekiranya masih tiada apa apa perubahan yang positif, anda akan disarankan untuk berjumpa dengan pakar kesuburan untuk tindakan lanjut.

Team Senang Hamil