Semoga 8 tips cara senang hamil ini memberikan khabar gembira buat anda dan pasangan. Teruskan berikhtiar dan jangan putus asa!

Masih ikhtiar cara untuk senang hamil? Mungkin kelihatan mudah tapi sebenarnya banyak perkara yang perlu diketahui. Harap perkongsian ini boleh memberikan sedikit tips untuk anda serta pasangan mendapatkan cahaya mata yang pertama dan seterusnya.

Mari kita lihat 8 cara senang hamil yang disarankan oleh pakar perubatan dan juga pengasas produk Senang Hamil Efferty untuk meningkatkan lagi peluang serta mempercepatkan proses kehamilan, Insha Allah!

Cara 1: Berhenti Menggunakan Pil Pencegah Kehamilan

Anda diwajibkan berhenti menggunakan pil pencegah kehamilan ataupun juga dikenali sebagai pil kontraseptif dan sebarang pil hormon yang boleh mencegah kehamilan dengan segera sekiranya ingin mendapatkan keputusan positif untuk hamil.

Menurut Dr. Christopher Williams iaitu  pakar endokrinologi perubatan swasta di Charlottesville, Virginia dan juga pengarang buku “The Fastest Way to Get Pregnant Naturally” menyatakan sekiranya anda ingin meningkatkan peluang untuk hamil, anda perlu berhenti mengambil pil pencegah kehamilan beberapa bulan terlebih dahulu sebelum mencuba semula.

Dr. William juga menyatakan bahawa pengambilan pil pencegah kehamilan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan badan mengambil sedikit masa – beberapa kitaran haid untuk mula mengeluarkan telur dengan teratur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.

Berhenti menggunakan pil pencegah kehamilan awal beberapa bulan untuk senang hamil

Cara 2: Kenalpasti Waktu Subur Anda

Menurut Dr. Raihana Ismail, iaitu Pengasas Efferty International Sdn. Bhd., waktu subur wanita adalah hanya satu kali sahaja dalam sebulan, ambillah peluang untuk mendapatkan waktu subur yang paling berkualiti.

Disebabkan setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza-beza, amat sukar untuk mengenalpasti waktu subur anda. Namun begitu, suatu kaedah tepat yang boleh dilakukan untuk mengukur ovulasi iaitu dengan menggunakan kit ujian kesuburan (OPK) untuk mengukur ovulasi.

Melalui penggunaan OPK, keputusan yang diuji adalah lebih tepat iaitu 99% berbanding kelendar dan kaedah suhu dalam mengenalpasti waktu yang paling subur. Ini kerana OPK mampu mengesan peningkatan hormon peluteinan dalam air kencing, 36-48 jam sebelum anda melepaskan telur. Selain itu, ujian ini juga lebih mudah untuk dijalankan.

Tips untuk anda! Langkah paling mudah yang disyorkan untuk mengenalpasti bila anda ovulasi adalah dengan menolak 14 hari daripada bilangan kitaran haid anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan set OPK, sila klik sini.

Cara senang hamil adalah dengan mengetahui waktu subur anda yang tepat

Cara 3: Melakukan Hubungan Intim Sebelum Anda Ovulasi

Tahukah anda? Sperma boleh berada dalam tiub fallopian atau rahim selama 2 hingga 3  hari, namun telur anda pula hanya akan bertahan selama 12 hingga 24 jam selepas ia dilepaskan.

Dengan ini, anda disarankan untuk melakukan hubungan intim sebelum anda mengeluarkan telur. Ini kerana ia mampu meningkatkan peluang untuk senang hamil.

Menurut laman web Parents, terdapat 3 tips mudah senang hamil untuk membantu wanita dengan kitaran haid selama 28 hari (anda akan ovulasi pada hari ke-14):

i) Melakukan hubungan intim dengan kerap dalam seminggu untuk mengelakkan anda daripada terlepas waktu paling subur selepas habis haid.
ii) Lakukan hubungan intim setiap hari lain juga bermula pada hari ke-10.
iii) Jika keputusan kit ujian kesuburan (OPK) positif, terutamanya sekitar hari ke-12, lakukan seks pada hari itu juga atau pada dua hari berikutnya- kerana ini waktu anda paling subur untuk hamil. 

Cara 4: Helah hubungan intim yang boleh dicuba

Baring terlentang selepas hubungan seks
Menurut Dr. Williams, faraj secara semula jadinya adalah bersifat mencerun kebawah. Sekiranya anda baring terlentang selepas melakukan hubungan seks, sperma pasangan berpeluang untuk berkumpul dan berenang ke arah telur dengan mudah.

Cara  5: Perkara harus dielak ketika melakukan hubungan intim

Elakkan menggunakan pelincir
Ramai diantara kita yang beranggapan pelincir boleh mempercepatkan keupayaan sperma untuk “berenang”. Hakikatnya, teori ini adalah salah! Malah formula dalam pelincir telah mengubah keseimbangan pH dalam faraj serta mengurangkan keupayaan sperma untuk “berenang”.

Punca dari boxer atau brief

– Manurut Dr. Williams, masalah kesuburan kadang-kadang juga adalah berpunca daripada lelaki, apabila suhu buah zakarnya terlalu panas, lalu menjejaskan penghasilan sperma.
Jadi, ramai yang percaya memakai seluar brief berbanding boxer mampu menghalang penghasilan sperma. Tetapi, masih tiada bukti mampu mengesahkan hal ini.

Cara 6: Ujian Kehamilan

Kini, ujian kehamilan mampu mengesan kehamilan seawal 10 hari selepas anda ovulasi. Namun begitu, keputusan yang lebih tepat boleh diperolehi  jika anda tunggu sehingga hari anda lewat datang haid.

Jika anda menggunakan ujian kehamilan terlalu awal, keputusan akan menunjukkan “negetif yang palsu”- dimana ujian mengatakan anda tidak hamil, sedangkan anda hamil !

Cara 7: Apa perlu buat jika ujian negatif ?


Kebanyakan pasangan yang cuba untuk hamil memang tidak akan berjaya pada percubaan pertama. Lebih daripada separuh jumlah pasangan hanya akan hamil selepas 6 bulan, manakala hampir 85 peratus lagi hamil selepas tempoh setahun.

Apa yang mungkin berlaku adalah anda salah mengira waktu subur anda. Jadi, sperma pasangan tidak berpeluang untuk bersenyawa dengan telur anda. Cuba pertimbangkan untuk menggunakan OPK harian, jika anda belum mencubanya, dan jangan berputus asa! Cuba lagi bulan depan!

Cara 8: Mengamalkan Susu Subur Senang Hamil  Efferty

Susu Subur Senang Hamil Efferty adalah formula dan solusi yang telah membantu ramai pasangan suami isteri mendapatkan zuriat melalui pemakanan seimbang. Kini, lebih 800 ibu telah berjaya hamil sepanjang pelancaran produk Senang Hamil Efferty.

Susu Formula Senang Hamil Efferty turut mempunyai 15 kebaikan yang lain seperti merawat PCOS, melancarkan haid dan merawat senggugut, membantu dan mengelakkan tiub fallopian tersumbat, menggalakkan kilang telur hasilkan telur matang, meningkatkan metabolisma dan lain-lain .

Produk ini telah diuji oleh juruchemist dan telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pengkelasan makanan – memiliki Certificate of Analysis dan Nutritional Facts.

Anda boleh mendapatkan 3 perasa Susu Subur Senang Hamil Efferty yang sedap di Shopee

Artikel ini adalah berdasarkan post dalam laman web The AsianParent Malaysia